Rangkuman Aktiviti-Aktiviti Di Surau Al-Ittihad

& بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ringkasan Tentang Aktiviti Dijalankan Di Surau Al-Ittihad

Surau Al-Ittihad merupakan antara surau yang aktif menjalankan kegiatan-kegiatan ataupun aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada penduduk setempat. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di surau Al-Ittihad. Antara aktiviti utama adalah dengan mengadakan ceramah. Kebanyakan ceramah disampaikan oleh penceramah luar atau jemputan.


Kelas mengaji turut diadakan khusus untuk anak-anak kecil yang ingin belajar membaca Al-Quran. Malah surau Al-Ittihad juga mengadakan kelas tajwid bagi orang-orang dewasa yang mana kelas tersebut dijalankan selepas selesai solat isyak pada hari-hari yang ditentukan mengikut jadual yang telah disediakan. Kelas-kelas ini tidak dikenakan sebarang bayaran yang khusus, ianya terpulang kepada individu tersebut untuk menyumbang mengikut keikhlasan hati.

Selain itu, apabila menjelang perayaan-perayaan yang berkaitan dengan agama, surau ini tidak terlepas dari untuk meraikannya. contohnya seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan yang seumpamanya. pada Hari Raya Aidiladha, surau Al-Ittihad akan mengumpul semua AJK-AJK surau terutamanya bagi menjalankan aktiviti korban atau penyembelihan. manakala pada Hari Raya Aidilfitri, rumah terbuka akan diadakan untuk penduduk sekitar.

Seperti surau-surau yang lain, sempena bulan mulia iaitu bulan Ramadhan, kita umat islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadah. Oleh itu surau ini turut mengadakan solat sunat terawih, qiammulail, dan tadarus Al-Quran. Bukan itu sahaja, penduduk disekitar akan berkumpul pada bulan ramadhan untuk menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat. Aktiviti ini dijalankan secara gotong-royong.


Solat itu adalah tiang agama(islam). maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment